Penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan dalam Pendidikan Kesenian Tahun 3

  • Sumiyah Yahaya Faculty of Art, Computing and Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, MALAYSIA
  • Azlin Iryani Mohd Noor Faculty of Art, Computing and Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, MALAYSIA
  • Abdul Aziz Zalay Faculty of Art, Computing and Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, MALAYSIA
Keywords: Elemen Merentas Kurikulum, EMK Keusahawanan, Pendidikan Kesenian

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2012 dalam mata pelajaran Pendidikan Kesenian komponen Seni Visual dalam kalangan 30 orang murid Tahun 3. Kajian ini hanya memfokuskan kepada 5 Elemen Merentas Kurikulum yang terkandung dalam Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan. Dalam kajian ini pengkaji mengunakan borang temubual berstruktur , borang temubual separa berstruktur dan borang pemerhatian sebagai instrument kajian. Hal ini dapat menjawab persoalan kajian dan menepati tujuan kajian. Lima Elemen Keusahawanan diterapkan melalui 3 pendekatan yang disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. Data dianalisis secara Kualitatif dengan membuat pemerhatian berdasarkan indikator yang disarankan dalam Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan. Sampel kajian telah didedahkan kepada satu aktiviti keusahawanan dimana mereka terlibat secara langsung dalam karnival keusahawanan serta membuat jualan hasil seni yang mereka telah hasilkan. Sewaktu karnival tersebut berlangsung, temubual separa berstruktur bersama pengunjung  juga dijalankan untuk mendapatkan maklum balas responden mengenai kemenjadian murid setelah aktiviti penerapan dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan 21 daripada 30 orang Responden telah menguasai keseluruhan lima Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan yang disarankan. Berdasarkan pemerhatian ia adalah jelas menunjukkan penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan berjaya memberi impak positif kearah kemenjadian murid yang holistik. Kajian ini mencadangkan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan diperluaskan untuk diguna pakai oleh setiap guru mata pelajaran di sekolah.

 

This study aims to identify the effectiveness of using the “Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan” provided by the Ministry of Education Malaysia in the Curriculum Development Division of 2012 in the Art Education component of Visual Arts among 30 Year 3 students. This study focuses on 5 Elements contained in the guidelines. In this study the researcher used structured interview form, semi structured interview form and observation form as the research instrument. It can answer the research question and meet the purpose of the study. The Five Entrepreneurship Elements are implemented through 3 suggested approaches to the process of teaching and learning Visual Arts. The data were analyzed Qualitatively by making observations based on the indicators recommended in the guidelines. The study sample was exposed to an entrepreneurial activity where they were directly involved in the entrepreneurial carnival as well as selling the artwork they produced. During the carnival, semi-structured interviews with visitors were also conducted to get respondents' feedback on student performance after the implementation activity. The findings show that 21 out of 30 respondents have mastered all the five Elements stated in the guidelines. Based on these observations, it is clear that the use of the “Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan”  had put a positive impact on student attitude and personality. This study proposes that the this “Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan” guidelines  be expanded for use by every subject teacher in the school

Published
2020-07-31
How to Cite
Yahaya, S., Mohd Noor, A. I., & Zalay, A. A. (2020). Penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan dalam Pendidikan Kesenian Tahun 3. Journal of Applied Arts, 2(Issue 1), 151-157. Retrieved from https://journal.scientiaca.org/index.php/Jappa/article/view/79
Section
Articles